Kondominium Adalah

Kondominium, atau condo, adalah bentuk milik rumah dan harta tanah yang lain di mana bahagian harta tanah khusus(biasanya rumah apartment) dimiliki secara individual sementara kegunaan dan capaian pada kemudahan bersama dalaman seperti laluan jalan, sistem pemanasan, lif, kawasan luaran dikendalikan di bawah hak perundangan berkait dengan pemilik persendirian dan dikawal oleh persatuan pemilik yang secara bersama mewakili pemilik harta keseluruhan.
Secara tidak rasmi, istilah ini sering digunakan bagi merujuk pada unit itu sendirimenggantikan perkataan "apartment". Kondominium boleh ditakrif secara mudah sebagai "apartment" yang dimiliki penghuni berbanding disewa.

Kondominium merupakan istilah perundangan yang digunakan di Amerika Syarikat dan kebanyakan wilayah di Kanada. Di Australia dan wilayah Kanada British Columbia ia dirujuk sebagai "strata title". Di Quebec istilah "harta berpisah bersama ("divided co-property")" (Bahasa Perancis: co-propriété divisée) digunakn, sungguhpun nama tidak rasmi 'kondominium' kekal digunakan. Di Perancis yang setara dikenali sebagai Copropriété (pemilik bersama), biasanya ditadbir oleh Syndicat de copropriété / syndic. Di Afrika Selatan, bentuk milik ini dikenali sebagai Milik Seksyen ("Sectional Title"), dengan pemilik membentuk Korporate Badan ("Body Corporate")
liat juga Perbedaan Apartemen Dengan Kondominium
  

sumber: wikipedia.org

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Beri Komentar dan di Share karna berguna juga bagi yang Lain

Search This Blog